LUAR NEGARA

Pengasas CNN meninggal dunia

NEW YORK – Pengasas rangkaian berita kabel CNN, Ted Turner, dilaporkan meninggal dunia pada usia 87 tahun, hari ini.

Mendiang yang dikenali dengan gelaran “Mouth of the South” kerana sikap lantangnya, mengasaskan CNN, sebuah saluran berita kabel 24 jam pertama, pada tahun 1980.

Mendiang pernah dinamakan “Man of the Year” oleh majalah Time sebelas tahun kemudian atas liputan langsung isu-isu semasa oleh stesen tersebut.

Selama beberapa dekad, mendiang yang juga seorang jutawan turut memiliki pasukan besbol Atlanta Braves.

Ketua Pegawai Eksekutif CNN Worldwide, Mark Thompson, mengesahkan pemergian Turner dalam satu kenyataan.

Punca kematian tidak diperincikan, namun Turner diketahui menghidap dementia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button