BERITA SEMASA

Pelumba jet ski lemas di Sungai Terengganu

KUALA TERENGGANU – Seorang pelumba jet ski profesional ditemui maut dipercayai lemas ketika menjalani latihan di Sungai Terengganu pada pukul 9.28 pagi tadi.

Mayat Abdullah Mubin ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

foto credit JBPM

Mangsa yang juga mekanik jetski itu dipercayai hilang selepas keluar secara sendirian untuk menjalani latihan kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Menurut rakan mangsa, Mohd Danial Abdullah, arwah sedang menguji sebuah jet ski yang akan menyertai pertandingan di Thailand.

“Abdullah Mubin merupakan seorang pelumba berpengalaman dan pernah memegang rekod King’s Cup Thailand dalam kategori ‘expert’ pada tahun 2012,” katanya.

Operasi SAR yang dilancarkan sejak semalam melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button