Lelaki OKU 150kg cedera kaki diturunkan bomba dari aras satu
GEORGE TOWN – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) seberat 150 kilogram terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba untuk diturunkan dari kediamannya di aras satu, Villa Sri Kenanga, Batu Uban di sini selepas mengalami kecederaan pada kaki kanan, hari ini.
Warga emas berusia 64 tahun itu dilaporkan mengalami pendarahan dan memerlukan rawatan lanjut di hospital.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada kira-kira pukul 8.01 pagi.
Menurut beliau, operasi melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak.
“Mangsa dibawa turun menggunakan kain selimut melalui laluan tangga dari kediamannya di aras satu.
“Ketika operasi dijalankan, mangsa berada dalam keadaan sedar namun mengalami pendarahan pada kaki kanan.
“Operasi mengangkat mangsa mengambil masa kira-kira satu minit sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Tambahnya, operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.51 pagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








