BERITA SEMASADALAM NEGERI

Wanita digigit ular sawa ketika guna tandas

SHAH ALAM – Detik mencemaskan tercetus di sebuah farmasi di Setia Alam apabila seekor ular sawa sepanjang dua meter tiba-tiba muncul di dalam tandas premis berkenaan, sebelum menggigit seorang pekerja wanita yang sedang menggunakan kemudahan itu, petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berbahaya itu pada pukul 3.46 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong segera dikerahkan ke lokasi sebaik menerima maklumat.

“Komander operasi melaporkan seorang wanita berusia 23 tahun digigit ular sawa ketika menggunakan tandas di premis terbabit.

“Anggota bertugas berjaya melepaskan mangsa dari gigitan ular dari kawasan yang digigit dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan selanjutnya.

“Ular sawa sepanjang dua meter itu kemudian dilepaskan di tempat selamat,” katanya dalam kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button