BERITA SEMASA

Kebakaran kontena di Westport, satu musnah 100 peratus

KLANG – Sekurang-kurangnya 14 buah kontena terbakar di Westport, Pelabuhan Klang dalam kejadian pukul petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.40 petang.

Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata, satu daripada kontena yang terbakar didapati musnah 100 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.39 petang dan berdasarkan laporan terkini, kontena yang musnah mengandungi pelbagai barangan merangkumi kertas, besi keluli, kayu pokok pain, bahan mineral, aluminium dan mesin basuh untuk dobi.

“Kerja-kerja mengalihkan kontena yang terbakar dilakukan oleh pihak West Port menggunakan kren,” katanya.

Wan Md Razali berkata, seramai 24 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bersama tujuh jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Anggota yang terlibat adalah dari balai Pulau Indah Pelabuhan Klang, Sungai Pinang, Andalas dan Shah Alam,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button