BERITA SEMASA

Wanita 24 tahun ditemukan selamat selepas hilang di hutan Manjoi

MANJOI – Seorang wanita berusia 24 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai melarikan diri ke dalam hutan berhampiran kediamannya di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3, Manjoi, di sini, semalam, ditemukan dalam keadaan selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 11.57 malam.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru segera digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati ahli keluarga mangsa sedang berusaha mencarinya di sekitar kawasan rumah, selain menghubunginya melalui telefon.

“Mangsa kemudiannya menjawab panggilan dan memaklumkan dia berada berhampiran papan tanda Sungai Kati serta dalam keadaan ketakutan kerana tersesat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, ketua operasi yang menjalankan penilaian awal (size-up) mengaplikasikan konsep SAVER sebelum mengarahkan operasi pencarian bersama anggota lain.

“Mangsa akhirnya berjaya ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Dia kemudian dibawa pulang menggunakan jentera EMRS dan diserahkan kepada keluarganya untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Operasi yang melibatkan sembilan anggota bomba itu tamat sepenuhnya pada pukul 1.24 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button