BERITA SEMASA

Bomba selamatkan wanita cuba terjun di lebuh raya SPE

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang dipercayai cuba terjun dari Kilometer 6.8 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) menghala ke pusat bandar, berjaya diselamatkan oleh bomba semalam.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 daripada orang awam pada pukul 7.22 malam, memaklumkan tentang seorang wanita yang dilihat berada di atas lebuhraya dan dipercayai mahu terjun.

Komander Operasi, Mazuri Mat Zin berkata, sebaik menerima laporan itu, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah bersama bantuan dari BBP Pantai dengan kekuatan 21 anggota bomba segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati wanita berusia 35 tahun itu berada dalam keadaan tertekan di atas tiang lebuhraya.

Wanita tersebut berjaya diselamatkan pada pukul 7.55 malam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau turut memaklumkan bahawa operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.39 malam dan wanita terbabit dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans untuk rawatan selanjutnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button