Lelaki parah dirempuh teksi berhmapiran KLIA
SEPANG – Seorang lelaki berusia 40-an cedera parah selepas tersepit di bawah sebuah teksi dalam satu kemalangan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada pukul 6.57 pagi sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dikerah ke lokasi kejadian.
“Kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan di mana mangsa yang keluar dari keretanya untuk memeriksa keadaan selepas terlibat dalam kemalangan kemudian dilanggar oleh sebuah teksi dan tersepit di bawah kenderaan tersebut.
“Mangsa yang tidak sedarkan diri ketika ini sedang dirawat di hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








