BERITA SEMASA

CEO Batu terlibat kemalangan

SUNGAI PETANI – Pempengaruh terkenal, ‘CEO Batu’ dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di susur keluar Sungai Petani, di sini awal pagi semalam.

Berita tersebut dikongsikan di platform X menerusi akaun ‘Sungai Petani’ turut memaparkan keadaan pempengaruh itu yang kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, di sini.

Menerusi perkongsian tersebut, CEO Batu dikatakan terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Alor Setar.

“CEO Batu kemalangan apabila ada sebuah kenderaan secara tiba-tiba menukar haluan dan melanggarnya.

“Beliau dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Cedera di bahagian tangan, patah gigi hadapan dan menerima lebih 20 jahitan di bahagian kepala,” menurut perkongsian itu.

Bagaimanapun, keadaan CEO Batu dilaporkan stabil dan sudah mampu kembali berjalan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button