Video kenderaan pikap berpelekat tulisan Hebrew cetus tanda tanya netizen
CYBERJAYA – Penularan satu video di aplikasi Threads yang menunjukkan sebuah sebuah pikap ditampal dengan pelekat dalam bahasa Hebrew menimbulkan tanda tanya netizen.
Lokasi video berdurasi 14 saat itu dirakam tidak dinyatakan namun dipercayai di Melaka.
Pelekat warna biru bertulisan putih yang merupakan warna bendera Israel dalam bahasa etnik Ibrani (Hebrew) itu membawa maksud ‘Malaysia rumah kami’ atau ‘Malaysia di tangan kami’.
Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pemilik atau pemandu pikap jenis Nissan Navara itu yang cuba menimbulkan provokasi.
Malah, ada dalam kalangan warga maya meminta pihak berkuasa mengesan kenderaan itu yang menggunakan nombor plat berdaftar di Melaka.
Bagaimanapun, lokasi tepat kenderaan itu yang sedang meneruskan perjalanan selepas berhenti di lampu isyarat tidak dapat dipastikan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








