JENAYAH & MAHKAMAH

Polis kesan individu muat naik video budak kejar kereta ibu

SERDANG – Polis sedang mengesan individu yang memuat naik satu video tular yang memaparkan seorang murid berlari mengejar kereta ibunya selepas tertinggal di hadapan sebuah sekolah di Seri Kembangan, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, keterangan ibu bapa murid terbabit sudah dirakam susulan laporan polis berhubung penularan video berkenaan.

BACA JUGA:
Polis buka kertas siasatan video tular murid kejar kereta ibu

“Semakan mendapati kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau dalam masa sama mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi kandungan di media sosial tanpa pengesahan sahih.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa menyemak fakta sebelum memuat naik sebarang video serta berhati-hati ketika membuat perkongsian,” katanya.

Laporan media sebelum ini menyebut, ibu kepada kanak-kanak terlibat tampil membuat laporan polis susulan penularan video berkenaan.

Suri rumah berusia 37 tahun itu membuat laporan polis berikutan menerima pelbagai komen negatif setelah rakaman itu menjadi tular di media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button