Rakaman lelaki larikan barang kemas tular, polis giat kesan suspek
GOMBAK – Seorang lelaki yang dikesan melarikan barang kemas dari sebuah kedai emas di Prima Sri Gombak di sini, kini diburu polis selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek.
“Kes masih dalam siasatan dan suspek sedang dikenal pasti. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.
“Kenyataan media lanjut akan dikeluarkan kemudian,” katanya memetik Kosmo! Online.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 6.10 petang kelmarin, rakaman CCTV berdurasi 28 saat memaparkan kelibat seorang lelaki yang memakai topi dan kaca mata memasuki premis berkenaan sebelum bertindak melarikan barang kemas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








