BERITA SEMASA

Pelajar wanita tampar rakan 5 kali buat laporan polis

KAJANG – Seorang pelajar perempuan yang menampar rakannya dalam bilik kelas di sebuah sekolah dekat sini tampil membuat laporan polis sebagai langkah perlindungan diri.

Pelajar berkenaan berbuat demikian selepas mendakwa dia gagal mengawal kemarahan selepas rakannya bertindak memuat naik video mengaibkan dirinya di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian pada 20 Oktober lalu itu, pengadu mendakwa melihat gambarnya disebarkan di dalam akaun TikTok rakan sekelasnya.

“Pelajar tersebut kemudian bertemu dengan rakannya dan bertindak menampar sebanyak lima kali sambil bertanya mengapa gambarnya ada di dalam telefon milik rakannya.

“Sebaliknya rakannya berkata gambar tersebut diambil sendiri oleh suspek menggunakan telefon milik rakan. Akibat sangat marah pelajar tersebut menampar muka rakannya itu yang dikatakan telah menjatuhkan maruahnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, kedua-dua pelajar yang terlibat dalam perbalahan itu telah membuat laporan polis.

“Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Dalam video yang tular sejak semalam, seorang pelajar wanita bertindak menampar beberapa kali rakan sekelasnya selepas mendakwa videonya disebar di dalam Tik Tok

 

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button