Pelajar sekolah menengah cedera dalam insiden tikaman di Banting
KUALA LANGAT – Seorang pelajar sekolah menengah dilaporkan cedera selepas dipercayai ditikam dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Banting, di sini hari ini.
Kejadian yang dipercayai berlaku pada waktu persekolahan itu turut tular di media sosial selepas rakaman video berkaitan insiden berkenaan dikongsi oleh pengguna internet.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radz, mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Ya, saya sahkan kejadian itu. Mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Terdahulu, tular satu rakaman video di aplikasi Threads yang memaparkan sekumpulan pelajar bertempiaran lari dalam keadaan panik selepas seorang pelajar perempuan dipercayai memegang sebilah pisau.
Bagaimanapun, polis belum mendedahkan punca kejadian serta identiti individu yang terlibat, sementara siasatan masih diteruskan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















