Pelajar SBPI Gombak raih tiga emas, satu perak di Skate Asia 2026
KUALA LUMPUR – Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Muhammad Awal Affendy Masrul Affendy mengharumkan nama sekolah dan negara selepas meraih tiga pingat emas dan satu perak pada kejohanan Skate Asia 2026.
Murid Tingkatan Tiga Ibnu Nafis itu mencatat kejayaan berkenaan dalam pertandingan yang berlangsung di Sunway Pyramid dari 6 hingga 16 Ogos lalu.

Bersaing bersama 1,425 peserta dari seluruh Asia, Muhammad Awal Affendy meraih emas dalam kategori Open Freestyle Platinum Short, Open Freestyle Platinum dan Speed Racing Male 15 Years.
Beliau turut menyumbang pingat perak dalam kategori Theater Production secara berkumpulan.
Kejayaan itu dikongsikan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh menerusi Facebook dan turut dikongsi semula oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
“Pencapaian Muhammad Awal Affendy ini pastinya menjadi kebanggaan KPM, sekolah serta negara. Tahniah dan syabas,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






