Sukan SEA: Taekwondo hadiahkan pingat emas kedua negara menerusi acara Poomsae berpasukan wanita
BANGKOK – Skuad taekwondo negara menghadirkan detik manis di pentas Sukan SEA 2025 apabila trio wanita acara recognized poomsae melakar kejutan dengan menghadiahkan pingat emas, sekali gus meredakan kekecewaan kem Malaysia susulan insiden kontroversi pengadilan pada sebelah pagi.
Gandingan baharu terdiri daripada Wong Zin, Seah Jing Ying dan Yow Mei Yee itu tampil meyakinkan meskipun pertama kali beraksi di temasya dwitahunan berprestij tersebut malah tidak diletakkan sebarang sasaran tinggi.
Jurulatih negara, Yap Yih Tiing berkata, kejayaan itu hadir dalam keadaan pasukan masih terkesan dengan insiden melibatkan regu campuran, Jason Loo Jun Wei-Nur Humaira Abdul Karim, yang dinafikan kemenangan dalam aksi berpasukan campuran akibat keputusan pengadilan yang didakwa berat sebelah.

“Emas pasukan wanita ini benar-benar membangkitkan semangat Malaysia. Isu yang berlaku pada sebelah pagi memberi tekanan besar khususnya dari sudut pengadilan, namun saya bersyukur kami berjaya membawa pulang satu emas.
“Keputusan sangat sengit, dipisahkan jurang tipis. Namun persembahan mereka cukup kemas dan berani meskipun kali pertama digandingkan,” katanya memetik laporan Kosmo!
Dengan kejayaan itu, skuad negara menutup tirai saingan hari ini dengan satu pingat emas dan dua gangsa, masing-masing menerusi acara berpasukan lelaki serta individu lelaki.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








