BERITA SEMASA

Pejabat Pembelaan Awam lambang komitmen kerajaan bantu golongan kurang mampu

PUTRAJAYA – Pembukaan ruang pejabat Pembelaan Awam mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap rakyat, khususnya golongan kurang berkemampuan, memperoleh pembelaan sewajarnya di sisi undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, inisiatif tersebut selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai keadilan, ketelusan dan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperkasa sistem perundangan agar lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

“Kerajaan komited memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada mendapat hak pembelaan di sisi undang-undang, terutama mereka yang berdepan kekangan kewangan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook semalam.

Beliau berkata, pewujudan pejabat Pembelaan Awam itu dijangka meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan guaman selain membantu merapatkan jurang akses kepada keadilan.

“Agenda reformasi institusi akan terus diperkukuh bagi memastikan sistem keadilan negara kekal telus, berkesan dan diyakini rakyat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button