BERITA SEMASA

BHEUU buka pengambilan Anggota Tribunal Antibuli

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) mempelawa individu berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai Anggota Tribunal Antibuli di bawah Akta Antibuli 2026 [Akta 876].

Menurut kenyataan BHEUU, calon disasarkan dalam kalangan pegawai atau bekas pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, selain peguam bela dan peguam cara yang berdaftar di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam Bela Sabah atau Ordinan Peguam Bela Sarawak, dengan pengalaman amalan sekurang-kurangnya tujuh tahun.

Selain itu, individu yang mempunyai pengetahuan mendalam atau pengalaman praktikal dalam bidang hal ehwal dan kebajikan kanak-kanak, psikologi serta perkembangan kanak-kanak atau keadilan pemulihan (restorative justice) berkaitan kanak-kanak turut digalakkan memohon.

“Antara kriteria tambahan yang ditetapkan termasuk memiliki pengalaman luas dalam litigasi sivil khususnya kes melibatkan kanak-kanak, fleksibel untuk bertugas di luar pejabat serta bersetuju mematuhi arahan Tribunal dan peraturan di bawah Akta Antibuli 2026.

“Calon juga perlu bebas daripada sebarang rekod jenayah dan tidak diisytiharkan muflis,” menurutnya.

Permohonan hendaklah dikemukakan bersama curriculum vitae (CV) atau resume lengkap secara dalam talian melalui e-mel ke antibuli@bheuu.gov.my.

Tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 3 Mac 2026 (Selasa) dan hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk peringkat seterusnya.

Sekiranya tiada maklum balas diterima, permohonan dianggap tidak berjaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button