BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Azalina terima anugerah Anugerah Khas Kewangan Islam Global (GIFA)

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dinobat sebagai penerima Anugerah Khas Kewangan Islam Global (GIFA) 2024 untuk Kepimpinan dalam Pembaharuan Perundangan dan Institusi yang berkaitan dengan Kewangan Islam’, semalam.

Bahagian Hal Ehwal Undang Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri memaklumkan anugerah tersebut diberikan GIFA kepada Azalina atas peranan dan sumbangan beliau dalam agenda reformasi timbang tara, terutama yang melibatkan kewangan Islam.

“Dalam pemilihan itu, Jawatankuasa Anugerah GIFA juga turut mempertimbangkan beberapa personaliti lain.

“Setelah pertimbangan dan perbincangan terperinci, jawatankuasa tersebut telah memutuskan bahawa anugerah ini diberikan kepada beliau (Azalina) berdasarkan beberapa kriteria dalam metadologi GIFA,” menurut kenyataan BHEUU hari ini.

Menurut kenyataan itu, majlis penganugerahan tersebut telah diwakili oleh Ketua Pengarah BHEUU, Datuk Zamri Misman di Maldives semalam kerana Azalina kini berada di Perancis bagi menghadiri perbicaraan kes tuntutan Sulu.

Anugerah tersebut merupakan antara anugerah kewangan Islam yang paling berprestij di dunia dan telah menganugerahkan beberapa ketua negara dan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan perbankan dan kewangan Islam sejak penubuhannya.

Antara tokoh yang pernah dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global oleh GIFA termasuk Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Indonesia Joko Widodo.

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button