BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Padah lawan arus, lelaki dipenjara tiga hari, denda RM6,000

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki memandu secara melawan arus di Jalan Klang Lama membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara tiga hari serta denda RM6,000 oleh mahkamah, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, tertuduh berusia 32 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Menurut beliau, mahkamah turut menetapkan hukuman penjara selama enam bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.

“Lesen memandu tertuduh juga digantung selama lima tahun, namun denda tersebut telah pun dibayar,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, lelaki itu ditahan selepas tampil menyerah diri di pejabat JSPT Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.35 malam susulan penularan sebuah video yang memaparkan aksinya memandu melawan arus di Jalan Klang Lama.

Kejadian tersebut mencetuskan kebimbangan orang ramai memandangkan tindakan berbahaya itu berpotensi mengundang kemalangan serius serta mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button