Ombak KLCC tampil tarikan baharu berteraskan seni, budaya
KUALA LUMPUR – Keunikan reka bentuk yang diinspirasikan daripada tenunan dan corak batik tradisional Malaysia menjadi antara daya tarikan utama Ombak KLCC, pusat beli-belah baharu yang mengetengahkan konsep kesenian, kebudayaan dan komuniti.
Pusat beli-belah itu kini memasuki fasa pembukaan awal secara berperingkat, dengan ratusan pengunjung hadir untuk menerokai sendiri reka bentuk serta kemudahan yang disediakan.
Reka bentuknya yang unik dan beralaf baharu turut menjadikan Ombak KLCC sebagai ikon kreatif yang menonjol di kawasan sekitarnya.
Ombak KLCC turut menggabungkan elemen seni, budaya dan komuniti dalam satu ruang yang direka untuk memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung, selain menjadi lokasi untuk menikmati pelbagai aktiviti dan kemudahan di tengah-tengah ibu negara.
Selain menempatkan pelbagai premis perniagaan, Ombak KLCC memberi penekanan terhadap pemeliharaan seni dan warisan tempatan menerusi penempatan Galeri Petronas yang sebelum ini beroperasi di Menara Berkembar Petronas.
Dalam pada itu, Ombak KLCC turut menawarkan ruang acara dan kemudahan konvensyen yang membolehkan pelbagai program serta aktiviti dianjurkan dari semasa ke semasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








