Orang ramai pilih kunjungi pusat beli belah, riadah bersama keluarga
SEMPENA cuti Tahun Baharu Cina, pusat beli-belah terus menjadi pilihan orang ramai untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.
Bagi Norhisham Azayadi, 55, yang datang dari Jerantut, Pahang, beliau memilih untuk membawa ahli keluarganya bersantai di Mesa Mall, Nilai.

“Kami sekeluarga ambil kesempatan cuti ini untuk berjalan-jalan dan beriadah.
“Saya bawa mereka ke sini untuk bermain boling,” katanya ketika ditemui Malaysia Tribune.
Menurut Norhisham, percutian ini bukan sahaja sebagai peluang untuk berehat, tetapi juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.
“Selepas ini, kami bercadang untuk pusing bandar Nilai sebelum pulang,” tambahnya lagi.

Seorang lagi pengunjung, Asyraf Abdullah, 26, memberitahu, dia datang bersama rakan-rakannya untuk bermain boling bagi memenuhi waktu cuti.
“Saya duduk di sekitar kawasan ini juga. Malas nak berjalan jauh, di sini pun ada banyak tempat untuk dikunjungi,” kata Asyraf yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan itu.
Bagi Norazlina Sofian, 19, pula, dia datang ke sana bersama sepupunya untuk bersiar-siar sambil window shopping.

“Kami saja berjalan-jalan di sini kerana pusat beli-belah ini tidak terlalu sesak jika dibandingkan dengan kawasan lain.
“Jadi kami selesa berada di tempat ini sambil mencuci mata melihat barangan yang ada,” ujarnya.
Sementara itu, tinjauan penulis di sekitar MesaMall mendapati ramai pengunjung mengambil kesempatan cuti umum ini untuk bersantai, membeli-belah dan menikmati pelbagai aktiviti rekreasi bersama keluarga.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








