BERITA SEMASA

Norway larang, batal kontrak bekal NSM ke Malaysia?

CYBERJAYA – Norway dilaporkan melarang penghantaran peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) keluaran firma Kongsberg ke Malaysia.

Laporan Malaysia Defence yang memetik sumber berkata, larangan itu dimaklumkan kepada Malaysia hanya beberapa hari sebelum penghantaran peluru berpandu permukaan-ke-permukaan bagi lima kapal Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia dimulakan.

Turut difahamkan, larangan itu sekaligus membatalkan kontrak pembekalan dan penghantaran yang dimeterai pada tahun 2018 dan kontrak pembekalan dua lagi pelancar NSM yang diumumkan pada LIMA 2025.

Sumber menyebut, Kongsberg menguatkuasakan klausa ‘force majeure’ dalam kontrak tersebut bagi membatalkan pembekalan peluru berpandu itu kepada Malaysia.

Tindakan itu dipercayai susulan undang-undang baharu Norway berkaitan urus niaga senjata yang melarang penghantaran senjata canggih kepada negara bukan NATO, kecuali sekutu rapat tertentu.

Buat masa ini, Kementerian Pertahanan masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenai laporan media berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button