BERITA SEMASAPMX

Netizen kongsi kebimbangan isu perang Thailand-Kemboja di status Facebook PM

KUALA LUMPUR – Di sebalik hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menzahirkan semangat kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA Thailand, netizen turut menggunakan ruangan komen untuk menyuarakan kebimbangan terhadap pertempuran yang berlaku di sempadan Thailand-Kemboja.

Dalam hantaran itu, Perdana Menteri menulis:

“Selamat berjuang kepada kontinjen negara di temasya Sukan SEA Thailand, yang secara rasmi bermula hari ini.

“Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian.”

Bagaimanapun, komen-komen netizen daripada pelbagai negara terutama Kemboja menjadi perhatian ramai dengan mereka memohon keamanan dan campur tangan antarabangsa.

“Kemboja perlu keamanan. Tolong bantu negara saya,” komen seorang rakyat Kemboja.

“Patutnya kena boikot Sukan SEA ni bos sebab serang Kemboja. Baru depa tau Malaysian punya power,” kata Mat Dafi pula.

Sementara itu, beberapa komen lain turut meluahkan perasaan mereka sempena temasya Sukan SEA.

“Kemboja turut bersedia untuk bertanding dalam sukan tersebut. Tetapi kini Thailand menyerang kami, mereka membunuh kami, mereka bunuh kemanusiaan.

“Rakyat Kemboja cuma hanya hidup di tanah kami. Bolehkah kamu bantu melindungi kami,” luah Sa Em.

“Thailand melanggar perjanjian gencatan senjata dan menggunakan kekuatan bersenjata terhadap orang awam dan kanak-kanak di Kemboja. Kepada ahli-ahli ASEAN, sila dengar suara dan penderitaan rakyat kami,” kata Yeth Thida.

“Thailand melancarkan serangan ke atas rakyat Kemboja terlebih dahulu, sila benarkan dunia dan negara-negara ASEAN campur tangan,” tambah Sopheap Chhorn.

Sukan SEA ke-34 di Thailand secara rasmi bermula hari ini, menyaksikan kontinjen Malaysia menyertai pelbagai disiplin sukan dengan sokongan doa seluruh rakyat.

Isu konflik di sempadan Thailand-Kemboja menimbulkan perhatian masyarakat antarabangsa dan menambah dimensi sensitiviti terhadap temasya sukan serantau itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button