Malaysia saksikan perjanjian damai Thailand–Kemboja
KUALA LUMPUR – Perjanjian Damai Thailand–Kemboja akan dimeterai hari ini dalam satu majlis bersejarah yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika, Syarikat Donald J. Trump di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, perjanjian tersebut menandakan kejayaan besar diplomasi damai ASEAN dalam menyelesaikan pertikaian sempadan secara aman dan konstruktif.
“Langkah ini mencerminkan peranan penting Malaysia sebagai pemudah cara dalam menjayakan keamanan serantau.
“Ia juga memperkukuh kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi ASEAN,” katanya pada taklimat media Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.
Perjanjian itu turut merangkumi pengunduran senjata berat dan pemusnahan periuk api di kawasan sempadan, dengan pemantauan oleh Pasukan Pemerhati ASEAN.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








