Ketegasan Malaysia dalam isu perang Iran, Gaza wajar diberikan kredit – PM
JOHOR BAHRU – “Ingat senang nak pujuk Iran?” Itu persoalan dilontarkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bagi menggambarkan cabaran besar yang perlu ditempuhi kerajaan dalam usaha memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.
Beliau berkata, ketegasan Malaysia dalam menyuarakan pendirian terhadap konflik melibatkan Iran serta isu di Gaza bukan sahaja mencerminkan prinsip negara, malah memberi manfaat strategik termasuk membolehkan kapal Malaysia melalui Selat Hormuz.
Menurutnya, tindakan kerajaan membantah serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran telah membantu memperkukuh kepercayaan antara kedua-dua negara.
“Ingat senang nak pujuk Presiden Iran untuk kapal kita lalui Selat Hormuz? Saya tidak katakan kerajaan dulu tidak baik dengan Iran, tetapi tidak sepertimana yang kita ada sekarang.
“Kita boleh telefon berulang kali, kita boleh usulkan di Parlimen bantah serangan Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran.
“Cuba tengok berapa negara di dunia buat kenyataan setegas Malaysia lakukan dalam soal perang Iran, berilah sedikit kredit, ini pembangkang tak beri kredit, jadi ingat senang?” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Johor di sini, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








