
Negara porak peranda sekiranya hak rakyat tidak dibendung dengan undang-undang
KUALA LUMPUR – Negara boleh menjadi porak peranda sekiranya kebebasan hak tidak dibendung dengan undang-undang.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Dtuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia tidak boleh terlalu keras kerana akan menimbulkan masalah lain iaitu salah guna kuasa.
“Kita perlu faham undang-undang kalau terlalu keras akan timbulkan masalah lain iaitu salah guna kuasa seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). ISA masa dibentangkan dianggap baik sebab ketika itu melawan komunis militan.
“Tetapi lambat laun pimpinan persatuan pekerja, mahasiswa, politik semua dihumban di bawah ISA di (kem tahanan) Kamunting,” katanya pada Sambutan Jubli Perak Hari Suhakam Ke-25 di KL Sentral, di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Pengerusi Suhakam, Datuk Seri Mohd. Hishamudin Yunus.
Anwar kemudiannya berkata, masyarakat Malaysia perlu memahami bahawa tidak ada batas, sekatan atau undang-undang yang mengekang hak mereka sebagai rakyat.
Namun mereka perlu matang dalam menilai kepentingan undang-undang dalam mempertahankan keselamatan negara.
“Sekiranya kecaman dibuat yang akan menjejaskan tunggak Perlembagaan Negara, tentunya tindakan harus diambil. Ganggu gugat dari segi politik biasa, tetapi mengancam tunggak kestabilan dan keamaan dengan menghasut.
“Nak bicara soal agama, kaum, tak puas hati, nak bantah diizinkan. Yang tidak dizinkan hasutan ajakan ke arah keganasan atau menimbulkan pergaduhan.
“Walau apa alasan, walau saya diserang media antarabangsa, saya tidak akan tolak ansur untuk menjamin soal keselamatan rakyat dan negara ini,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








