BERITA SEMASA

Nahas helikopter KKM: Jenazah Kapten Zainol Afiq dibawa pulang, kebumi esok

SEREMBAN – Jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, dijangka akan dibawa pulang ke Negeri Sembilan untuk urusan pengebumian, esok.

Bapanya, Bee Sham Ahmad, 59, berkata, bagaimanapun pihak keluarga masih menanti sebarang keputusan dan pengesahan daripada pihak hospital, polis dan agensi berkaitan terlebih dahulu.

” Sekarang ini pun pihak keluarga sedang menunggu taklimat yang akan disampaikan agensi berkaitan berkenaan hal tersebut (jenazah dibawa pulang). Tidak tahu lagi penerbangan pagi, ataupun malam.

”Pada masa sama, keluarga sedang menunggu keputusan asid deoksitibonukleik (DNA).

“Kalau semuanya selesai, jenazah akan dibawa pulang esok dan segala persiapan telah pun dibuat,” katanya memetik Kosmo!

Menurutnya, sebaik tiba di Seremban nanti, jenazah akan terus dibawa ke Masjid Bandar Baru Senawang dan kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button