BERITA SEMASA

Helikopter, jet pejuang Tentera Laut AS terhempas di Laut China Selatan

WASHINGTON – Dua pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terhempas dalam dua kejadian berasingan di Laut China Selatan, semalam, ketika sedang menjalankan operasi rutin dari kapal pengangkut pesawat USS Nimitz.

Armada Pasifik Tentera Laut AS berkata, insiden pertama melibatkan sebuah helikopter MH-60R Sea Hawk yang terhempas di perairan berkenaan ketika operasi biasa dijalankan.

“Tiga anak kapal yang berada di dalam helikopter tersebut telah berjaya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setengah jam selepas kejadian pertama, sebuah lagi pesawat, jenis Boeing F/A-18F Super Hornet, turut dilaporkan terhempas ke Laut China Selatan ketika melaksanakan penerbangan rutin dari kapal yang sama.

Tentera Laut AS memaklumkan kedua-dua juruterbang berjaya melenting keluar sebelum pesawat terhempas dan ditemukan dalam keadaan selamat.

“Semua anggota yang terlibat berada dalam keadaan stabil dan punca kedua-dua kejadian masih dalam siasatan,” katanya lagi.

Insiden berkenaan berlaku ketika Presiden AS, Donald Trump, sedang dalam rangka lawatan rasmi ke rantau Asia bagi penggal kedua pentadbirannya, manakala Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, dijadual memulakan lawatan ke beberapa negara Asia dalam masa terdekat.

Tentera Laut AS telah berdepan beberapa insiden melibatkan pesawat perang.

Pada awal tahun, dua pesawat mereka turut dilaporkan terjatuh dari kapal pengangkut pesawat Harry S Truman ketika operasi di Asia Barat.

Kejadian terbaharu itu menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan operasi udara tentera AS di rantau Asia yang semakin penting dari sudut strategi pertahanan, khususnya di kawasan Laut China Selatan yang menjadi tumpuan kuasa besar dunia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button