BERITA SEMASADALAM NEGERI

Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang nahas helikopter

BENTONG – Tindakan pantas seorang pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan juruterbang helikopter dalam nahas pesawat udara itu di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pengawal keselamatan tersebut bertindak berani dengan menarik keluar juruterbang sebelum api merebak.

“Sebaik melihat kejadian, dia terus bergegas ke lokasi dan mengeluarkan mangsa dari helikopter yang sedang terbakar.

“Selepas itu, barulah tindakan menghubungi bomba dilakukan,” katanya memetik laporan Awani.

Pasukan bomba tiba tidak lama kemudian dan berjaya memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

Dalam insiden pagi Khamis itu, helikopter Bell 206L-4 Long Ranger dengan nombor pendaftaran PK-ZUV yang dikendalikan oleh MHS Aviation Berhad terhempas ketika menjalankan penerbangan kerja udara sebelum kembali ke lokasi pendaratan untuk mengisi minyak.

Juruterbang, Kustiyadi, 44, terselamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan.

Bagaimanapun, seorang jurutera warga Indonesia, Finsen Reskey Sembiring, 27, disahkan maut dalam kejadian tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button