BERITA SEMASA

Murid 11 tahun cedera jatuh koridor sekolah

MELAKA – Seorang murid lelaki Tahun Lima sebuah sekolah rendah di Batu Berendam, di sini cedera selepas dipercayai terjatuh dari koridor tingkat satu bangunan sekolah, semalam.

Menurut portal MG, kejadian berlaku apabila murid berkenaan cuba mengambil kasutnya yang didakwa dilempar seorang murid lelaki yang lain.

Menurut kakak kepada salah seorang murid sekolah berkenaan, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh adiknya yang turut belajar di sekolah sama sebaik selesai sesi persekolahan.

Katanya, adiknya memberitahu terdapat dua murid dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan termasuk seorang murid yang didakwa mencampakkan kasut mangsa ke atas bumbung laluan di bawah koridor sekolah.

“Mangsa kemudian cuba mengambil semula kasut tersebut namun dipercayai tergelincir akibat keadaan basah sebelum terjatuh,” katanya dalam laporan tersebut.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sekitar tengah hari ketika murid sedang bersiap untuk pulang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button