Muhyiddin nafi penglibatan dalam syarikat MYAirlines
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan cubaan sesetengah pihak mengaitkan dirinya dengan kemelut syarikat penerbangan MYAirlines.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat itu atau dengan pemegang sahamnya.
“Carian saya menunjukkan bahawa syarikat ini mendapat kelulusan bersyarat lesen perkhidmatan udara pada 22 Disember 2021 iaitu semasa saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
“Penglibatan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) sebagai peguam bagi pihak pemegang saham syarikat MYAirlines tidak boleh dikaitkan dengan saya.
“RDS sebagai sebuah firma guaman berhak untuk mewakili sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat guamannya,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Muhyiddin berkata, tuduhan tersebut jelas bertujuan untuk mencemar nama baik beliau dengan tuduhan jahat kononnya beliau terlibat dalam syarikat berkenaan.
“Hentikanlah politik murahan yang kotor ini,” katanya.
Syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline pada minggu lalu mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini susulan tekanan kewangan yang dihadapinya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








