BERITA SEMASAPOLITIK

Muafakat Nasional demi kepentingan politik Melayu -Ketua Pemuda PAS

KUALA LUMPUR — Usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) adalah peluang terbaik untuk parti-parti Melayu melakukan reset secara menyeluruh bagi mengembalikan kekuatan serta kestabilan negara.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, landskap politik semasa menuntut kebijaksanaan baharu yang lebih matang, berlapang dada dan berpaksikan kepentingan ummah serta negara, sekali gus menolak budaya politik dendam dan perpecahan yang berpanjangan.

Sehubungan itu, katanya, usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional wajar diberi perhatian serius sebagai payung besar penyatuan politik Melayu, selaras dengan cadangan Ketua Pemuda UMNO yang turut disambut Ketua Pemuda PAS Malaysia.

“Muafakat Nasional bukan sekadar kerjasama politik jangka pendek, sebaliknya satu gagasan penyatuan strategik yang memayungi parti-parti Melayu serta rakan-rakan bukan Melayu yang , rasional dan menolak ekstremisme,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Sukri berkata, kestabilan negara hanya mampu dicapai melalui politik yang membina dan menyatukan, bukan politik yang merobohkan kepercayaan rakyat serta meruncingkan perpecahan.

Dalam pada itu, Mohamed Sukri
Katanya, politik dendam dan saling mencurigai perlu digantikan dengan politik muafakat, amanah serta tanggungjawab bersama demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau turut mengingatkan bahawa sejarah membuktikan orang Melayu menjadi kuat apabila bersatu atas dasar prinsip, bukan kepentingan sempit, namun kesatuan itu mesti bersifat inklusif dengan menjamin keadilan, kestabilan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Tambahnya, Muafakat Nasional yang dihidupkan semula perlu berteraskan nilai kenegaraan, keadilan sosial, kestabilan ekonomi serta penghormatan terhadap Perlembagaan dan institusi negara dan tidak wajar dilihat sebagai nostalgia politik semata-mata.

Dalam kenyataan sama, beliau menyeru semua pihak agar menghentikan polemik tidak berkesudahan dan kembali memfokuskan tanggungjawab besar terhadap rakyat.

“Politik adalah medan khidmat, bukan medan ego. Negara ini terlalu berharga untuk terus dipertaruhkan dengan perpecahan,” katanya.

Mohamed Sukri berkata, PAS kekal konsisten membawa politik penyatuan dan menegaskan bahawa jalan muafakat perlu diberi ruang untuk dibina kembali dengan kejujuran dan kebijaksanaan demi agama, bangsa dan tanah air.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button