Keahlian 3 ADUN Perlis daripada PAS terhenti serta-merta – Abdul Hadi
CYBERJAYA – PAS mengumumkan keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu di Perlis terhenti serta-merta.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, malam tadi.

Beliau berkata, keahlian Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong), dan Mohd. Ridzuan Hashim (Guar Sanji) terhenti, selepas mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Pusat, hari ini.
Jelas beliau, ketetapan itu dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) perlembagaan PAS.
“PAS akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada speaker DUN bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Menurut perlembagaan pindaan 2025 yang disiarkan di laman rasmi PAS, Fasal 15A(1)(b) menyatakan keahlian seorang ahli dipilih sebagai seorang ADUN terhenti serta-merta apabila ahli tersebut menyertai atau menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.
Manakala Fasal 76 pula menyentuh tatertib bagi ahli PAS.
Kenyataan Abdul Hadi bagaimanapun tidak menyatakan tindakan wakil rakyat berkenaan, yang membawa kepada ketetapan berdasarkan dua fasal tersebut.
Bagaimanapun, penamatan keahlian itu dipercayai susulan tindakan ketiga ADUN berkenaan bersama lima lagi ADUN daripada BERSATU yang didakwa menarik balik sokongan kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








