BERITA SEMASA

Misi bantuan ke Gaza turut kumpul bukti pelanggaran hak asasi manusia

KUALA LUMPUR – Misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bukan sahaja bertujuan menghantar bekalan, tetapi juga mengumpul bukti sahih mengenai pelanggaran hak asasi manusia oleh rejim Israel.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, strategi yang dirancang sejak awal itu turut melibatkan pemantau dan peguam antarabangsa bagi memastikan setiap tindakan direkodkan secara telus.

“Kami bukan sekadar menghantar bantuan. Di atas kapal seperti ‘Conscious’ yang disenaraikan dalam laman web Freedom Flotilla, terdapat puluhan kamera dipasang untuk merakam setiap detik perjalanan.

“Jika Israel menafikan tindakan mereka, komuniti Freedom Flotilla akan mengemukakan bukti yang dikumpul di atas kapal,” katanya dalam satu sidang media khas, di sini hari ini.

Rakaman dan dokumen yang diperoleh kemudiannya akan digunakan untuk menangkis propaganda Israel yang sebelum ini sering menggambarkan pihak Palestin sebagai punca konflik.

“Dulu kita hanya dengar naratif Israel yang menuduh Hamas semata-mata. Kini, dengan bukti yang sahih, kita boleh buktikan kepada dunia apa yang sebenarnya berlaku,” jelas beliau.

Tambah beliau, kapal peninjau observer Shireen sebagai sebahagian daripada usaha mengumpul bahan bukti bagi memastikan setiap alasan yang diberikan Israel dapat disemak dan disahkan.

“Jika berlaku sebarang insiden, maklumat akan dikongsi kepada masyarakat antarabangsa sebagai bukti kukuh terhadap tindakan Israel,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button