Mekyun akhirnya bertemu ‘kembar’, netizen terkejut wajah terlalu seiras
KUALA LUMPUR – Personaliti media sosial, Wee Yun Nee atau Mekyun mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen pertemuan dengan seorang jururawat yang didakwa memiliki wajah hampir seiras dengannya.
Mekyun, 29, memuat naik video pertemuan bersama jururawat dikenali sebagai Nur Laily selepas wanita itu tular di TikTok kerana dikatakan mempunyai raut wajah yang sangat mirip dengannya.
“Sejak video ini tular, ramai cakap kakak jururawat ini sama macam Mekyun. Jadi hari ini kami nak jumpa, sama ke tak muka kami berdua.
“Sama tak muka kami? Mekyun jumpa kembar Mekyun gais,” katanya menerusi video tersebut.
Dalam rakaman itu, kedua-duanya dilihat teruja ketika bertemu buat kali pertama malah saling berpelukan sebaik bersua muka.
Persamaan wajah mereka semakin ketara apabila Mekyun turut mengenakan tudung putih menyerupai hijab dipakai jururawat berkenaan.

“Mekyun dan Mek Lily, kakak dan adik,” kata mereka berseloroh.
Ruangan komen media sosial dibanjiri pelbagai reaksi warganet yang mengakui sukar membezakan kedua-dua wanita itu kerana terlalu seiras.
Antara komen yang ditinggalkan termasuk mendakwa perbezaan mereka hanya pada ketinggian dan tahi lalat, selain ada yang menyifatkan wajah mereka seperti ‘copy paste’.
Malah, ada juga netizen yang menyedari cara ketawa kedua-duanya hampir sama sehingga menganggap mereka seperti kembar.
Terdahulu, Nur Laily menjadi perhatian selepas adiknya memuat naik video memaparkan wanita itu lengkap berpakaian jururawat sebaik pulang dari hospital.
“Muka macam Mekyun versi jururawat,” tulis adiknya pada video berkenaan.
Video berdurasi 29 saat itu kemudian meraih lebih 1.5 juta tontonan di TikTok dan rata-rata netizen berharap kedua-dua mereka dapat dipertemukan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















