BERITA SEMASADALAM NEGERI

KKM sedia kerjasama dengan JPA, SPA jika cadangan ambil jururawat Indonesia dikemuka secara rasmi

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi menjalankan kajian terperinci berhubung cadangan pengambilan jururawat dari Indonesia susulan kekurangan tenaga kerja itu di fasiliti kesihatan kerajaan, khususnya di Johor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan yang dikemukakan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor, Sigit S Widiyanto dan SPA agar satu kajian mendalam dilaksanakan berhubung perkara tersebut.

“Saya sudah arahkan KKM supaya memberi kerjasama penuh kepada JPA. Buat masa ini, KKM akan meneruskan usaha mengatasi kekurangan jururawat melalui pendekatan pelbagai serampang seperti dinyatakan sebelum ini.

“Pun begitu, tiada penyelesaian segera untuk mengatasi situasi genting ini,” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi X semalam.

Baca juga : KKM akui negara berdepan isu kekurangan jururawat

Beliau turut menegaskan bahawa apa juga hasil kajian itu kelak perlu mengambil kira kepentingan rakyat, kebajikan kakitangan KKM dan keberkesanan sistem penyampaian penjagaan kesihatan negara.

Kelmarin, Dzulkefly mengesahkan tiada perbincangan atau permohonan rasmi dibuat setakat ini berhubung cadangan pengambilan jururawat dari republik tersebut untuk berkhidmat di hospital kerajaan di Malaysia.

Beliau berkata, KKM juga mengambil maklum pandangan serta bantahan pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), badan bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Jururawat Malaya mengenai isu berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button