BERITA SEMASA

KKM akui negara berdepan isu kekurangan jururawat

PASIR GUDANG – Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui negara berdepan kekurangan jururawat yang kritikal dan sedang mengambil langkah menanganinya termasuk meningkatkan jumlah pelatih.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM mengambil mengambil pelbagai pendekatan bagi mengatasi itu bagi memastikan ia memenuhi keperluan penjagaan kesihatan, lapor BH Online.

“Isu kekurangan jururawat satu realiti yang KKM secara berterusan sedang tanganinya.

“Kita pun mengambil pelbagai pendekatan, antara lain meningkatkan jumlah pelatih ke paras 1,000 orang, namun ia masih tidak dapat menampung kekurangan.

“KKM mengalami kesukaran dapatkan jururawat kerana perjawatan ada, namun tiada yang mahu. Berikan KKM sedikit masa menangani isu kekurangan jururawat ini,” katanya.

Dr Dzulkefly berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Projek Hospital Pasir Gudang, di sini hari ini.

Tahun lalu, kekurangan jururawat dilaporkan diunjurkan kepada hampir 60 peratus menjelang 2030.

Beliau menjelaskan, KKM sedang mengambil beberapa pendekatan untuk memastikan bilangan jururawat negara dipertingkatkan segera.

“Ia termasuklah bersama dengan sektor swasta dan ada ada tindakan bersifat interim ataupun transit serta transisi dengan pengambilan jururawat daripada luar.

“Namun apa yang paling mustahak adalah dengan kita meningkatkan moral serta semangat kerja golongan jururawat ini.

“Itu yang paling penting di samping isu lain membabitkan gaji dan ganjaran,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button