BERITA SEMASA

Tiada SOP baharu sempena sambutan Aidilfitri – Dr. Zaliha

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang menetapkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung kawalan dan pencegahan wabak Covid-19 sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, walaupun berlaku peningkatan di dalam komuniti, penularan Covid-19 didapati masih dalam keadaan terkawal

“Kita tidak perlu panik, walaupun ada peningkatan, kita lihat seperti sub-varian Omicron, mungkin ia mudah berjangkit tetapi kes itu keterukannya adalah sangat rendah,” katanya pada sidang media selepas di Kulai malam ini.

Dr Zaliha berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya kerajaan bercadang untuk membuat sebarang SOP khas sempena sambutan perayaan Aidilfitri.

Bagaimanapun, beliau berkata, KKM sebelum ini telah mengeluarkan nasihat kepada orang ramai dengan menggalakkan pemakaian pelitup muka terutama di tempat yang berisiko jangkitan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pelantikan Ketua Pengarah Kesihatan baharu bagi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara wajib esok, Zaliha berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Sudah ada nama-nama yang berpotensi untuk menggantikan beliau, dalam masa terdekat saya akan umumkan,” katanya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button