BERITA SEMASA

MCMC Selangor dedah 140 pelajar, guru kepada kesedaran keselamatan digital

SHAH ALAM – Seramai 140 pelajar dan guru menerima manfaat daripada Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak (Pembimbing Rakan Sebaya – PRS) Peringkat Negeri Selangor 2025 yang diadakan di Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), program anjuran MCMC Negeri Selangor itu menjadi platform penting dalam membimbing pelajar menggunakan Internet secara positif, beretika dan bertanggungjawab.

“MCMC Negeri Selangor terus memainkan peranan aktif dalam memupuk kesedaran keselamatan siber dan membimbing generasi muda ke arah penggunaan Internet yang positif,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, majlis perasmian program advokasi itu disempurnakan oleh EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri Selangor, Anfaal Saari.

Dalam pada itu, MCMC Negeri Selangor turut menegaskan kepentingan pendidikan digital awal bagi membentuk pelajar berfikiran kritikal serta celik teknologi.

“Peserta turut didedahkan dengan mesej utama Kempen Internet Selamat (KIS) yang menekankan tanggungjawab setiap pengguna dalam memastikan persekitaran siber kekal selamat dan harmoni,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button