Mayat wanita reput dipercayai dibunuh ditemukan berhampiran KLIA
SEPANG – Mayat seorang wanita dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan reput berhampiran kawasan Limo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 1 September lalu.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 7.50 malam mengenai penemuan mayat berkenaan.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mayat merupakan seorang wanita didapati masih berpakaian lengkap, memakai baju-T putih serta seluar kargo pendek berwarna krim.
“Keadaan mayat didapati telah mereput dengan bahagian kepala tidak sempurna dan hanya tinggal tengkorak.
“Berdasarkan keadaan fizikal, mangsa disyaki telah meninggal dunia lebih kurang seminggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Hasil bedah siasat oleh pakar patologi menemui empat kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa serta mayat berada dalam keadaan reput.
“Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








