BERITA SEMASALUAR NEGARA

Pempengaruh Austria maut dicekik bekas teman lelaki, mayat ditanam di hutan Slovenia

VIENNA – Misteri kehilangan pempengaruh kecantikan Austria, Stefanie Pieper akhirnya terungkai secara tragis apabila mayat wanita itu ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian dan ditanam di kawasan hutan di Slovenia, selepas bekas teman lelakinya mengaku membunuhnya.

Memetik laporan portal The Week, Pieper, yang menetap di Graz, dilaporkan hilang pada 23 November lalu selepas gagal menghadiri satu janji temu penting.

Kehilangan itu disedari rakannya sebelum laporan polis dibuat, manakala ibunya memuat naik kenyataan di Facebook pada 24 November memaklumkan anaknya tidak dapat dihubungi. Ibu mangsa turut menyatakan Pieper mempunyai tatu nama beliau pada lengan kiri.

Siasatan polis selama seminggu membawa kepada bekas teman lelakinya, Patrick M. Pada malam 23 November, polis yang ke pangsapuri Pieper hanya menemui Patrick dan seekor anjing milik mangsa.

Patrick mendakwa dia sekadar menjaga haiwan itu, namun polis turut menemui kesan darah pada bingkai pintu rumah, meskipun tidak cukup untuk mengaitkannya ketika itu.

Beberapa saksi tampil memberikan maklumat baharu, termasuk mendakwa terdengar pertengkaran dari pangsapuri mangsa sekitar pukul 8 pagi, sebelum seorang lelaki dilihat membawa keluar gulungan menyerupai kanvas atau permaidani.

Sehari selepas Pieper dilaporkan hilang, suspek ditahan berhampiran sempadan Austria–Slovenia di Spielfeld selepas keretanya ditemui terbakar berhampiran sebuah kasino.

Dia dipercayai cuba memusnahkan bukti sebelum kenderaan itu dirampas pihak berkuasa Slovenia dan diserahkan kepada polis Austria.

Selepas beberapa sesi soal siasat, Patrick, 31, akhirnya mengaku mencekik Pieper sebelum memasukkan mayat wanita itu ke dalam beg pakaian dan menanamnya di kawasan hutan di Slovenia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button