BERITA SEMASADALAM NEGERI

Maritim Malaysia perluas operasi SAR penyelam hilang di Pulau Tenggol

DUNGUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperluaskan lagi kawasan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan seorang penyelam yang dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol di sini sejak Jumaat lepas.

Menurut APMM, operasi mencari dan menyelamat Tam Peng Hoong, 66, kini memasuki hari keempat dan diperluaskan sehingga 94.93 batu nautika persegi, melibatkan pelbagai agensi serta pihak swasta.

“Pencarian di permukaan laut dilaksanakan menggunakan Bot Perkasa 45 milik APMM Pahang dan KM Redang (MaritimTerengganu), manakala tiga pengusaha pusat selaman di pulau itu turut menjalankan pencarian di dasar laut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, APMM memaklumkan keadaan cuaca di lokasi operasi dilaporkan sederhana dengan angin bertiup dari arah timur laut pada kelajuan 20 hingga 30 kilometer sejam serta ketinggian ombak antara satu hingga dua meter.

Terdahulu, Bernama melaporkan lelaki warga tempatan itu dikhuatiri hilang selepas melakukan selaman skuba di perairan Pulau Tenggol pada pukul 4.30 petang, Jumaat lepas.

Warga emas itu dilaporkan melakukan aktiviti air berkenaan bersama seorang daripada anaknya dan gagal timbul setelah lima minit melakukan selaman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button