Banteras jenayah maritim, Maritim Malaysia akan tingkatkan rondaan di kawasan panas
PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) akan meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan panas atau hotspot yang telah dikenal pasti.
Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, kawasan panas itu melibatkan aktiviti jenayah maritim khususnya kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan migran.
“Kepimpinan Maritim Malaysia di semua peringkat kini diarahkan memberi perhatian penuh kepada pemantauan operasi, keberkesanan rondaan, serta kesiapsiagaan penguatkuasaan menjelang tahun 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau hadir ke Program Perhimpunan Bulanan Kementerian Dal Negeri (KDN) bulan Disember yang dirasmikan oleh Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sini.
Dalam ucapannya Saifuddin menegaskan keperluan untuk semua agensi di bawah KDN melaksanakan tindakan segera isu-isu yang mendatangkan keresahan masyarakat di negara ini termasuk isu PATI dan pengeludupan migran.
Katanya, kes seperti kematian dalam lokap, eksploitasi manusia dan isu diskriminasi pelarian akan menjadi perhatian badan antarabangsa seperti pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








