BERITA SEMASA

Insiden letupan kompresor: Mangsa maut pelajar UTAR sedang jalani latihan industri

KUALA LUMPUR – Mangsa yang terkorban dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di kafetaria sebuah pusat pengajian swasta di Bukit Damansara, hari ini, disahkan sebagai pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Sains UTAR, Prof. Dr. Chang Yoong Choon berkata, mendiang Soo Yu Jian berada di lokasi sebagai sebahagian daripada rutin latihan industri.

“Kemalangan ini benar-benar di luar jangkaan dan kami tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku.

“Pelajar itu berada di tapak berkenaan bagi mendapatkan pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar,” katanya, hari ini.

Belaiu memberitahu, mendiang berusia 24 tahun merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal yang sedang menjalani latihan industri bersama sebuah syarikat penyelenggaraan penyaman udara dan dijadual menamatkannya Khamis ini.

Dalam kejadian itu, mangsa antara 10 individu yang terlibat terdiri daripada empat pelajar, dua pekerja kontraktor penyelenggaraan, seorang kakitangan pengurusan serta dua warga asing yang bekerja di kafeteria universiti swasta berkenaan.

Kesemua sembilan mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan di beberapa hospital termasuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), HKL dan Hospital Sungai Buloh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button