LUAR NEGARA

Pekerja binaan maut struktur bangunan bersejarah runtuh

ROM – Seorang pekerja binaan maut apabila sebahagian struktur menara bersejarah, Torre dei Conti runtuh ketika kerja restorasi sedang dijalankan.

Menurut portal The Guardian, insiden itu berlaku dalam dua fasa dengan runtuhan pertama berlaku sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan), diikuti runtuhan kedua kira-kira 90 minit kemudian ketika pasukan penyelamat masih berada di lokasi.

Mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan berjaya dikeluarkan selepas operasi menyelamat dilaksanakan, namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Seorang lagi pekerja dilaporkan parah manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan ringan.

Torre dei Conti yang dibina sejak abad ke-13, terletak berhampiran kawasan pelancongan popular antara Colosseum dan Forum Rom, menjadikan kejadian itu mendapat perhatian meluas.

Struktur asal bangunan tersebut setinggi kira-kira 50 meter tetapi tinggal 29 meter akibat gempa bumi pada tahun 1349 dan kerosakan berulang selama berabad-abad.

Siasatan rasmi telah dilancarkan oleh pihak pendakwa Itali bagi mengenal pasti punca sebenar runtuhan dan menilai kemungkinan berlaku kecuaian semasa kerja pemulihan dilakukan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button