BERITA SEMASALUAR NEGARA

Jemaah Malaysia kelima meninggal di Mekah

MEKAH – Seorang lelaki dari Johor Bahru menjadi jemaah haji kelima Malaysia yang meninggal dunia di Mekah akibat serangan jantung selepas menerima rawatan di Hospital King Abdul Aziz di sini hari ini, lapor Kosmo!

Mangsa, Misnan Ahmad, 60, yang menaiki penerbangan KT46 di maktab Bangunan Diary Al Saad dilaporkan meninggal dunia pada pukul 7.50 pagi waktu tempatan di hospital.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Tabung Haji (TH) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan jenazah akan diuruskan sebaik-baiknya.

“Isteri Allahyarham turut berada di bangunan maktab penginapan berkenaan dan sebab kematian adalah berpunca serangan jantung. Kita jangkakan jenazah akan dikebumikan hari ini juga.

“TH akan menyerahkan khairat kematian kepada waris, dan akan melaksanakan badal haji untuk semua arwah tersebut pada musim haji ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat TH, Abraj Al Janadriyah, di sini hari ini.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button