BERITA SEMASA

Malaysia diiktiraf sebagai penyatu dunia – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia kini dilihat bukan sahaja sebagai negara yang menjaga kebajikan rakyat malah berperanan menyatukan pelbagai negara dan bangsa atas semangat keamanan sejagat.

Menurut beliau, pengiktirafan itu dizahirkan oleh Timbalan Presiden International Union of Muslim Scholars, Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti ketika mengadakan kunjungan hormat bersama delegasi ke pejabatnya, hari ini.

anwar ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden International Union of Muslim Scholars, Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti

“Alhamdulillah, saya menerima kehadiran Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti bersama delegasi dalam rangka lawatan beliau ke Malaysia.

“Banyak perkara telah dibincangkan termasuk krisis peperangan, penindasan serta pencabulan hak asasi dan kedaulatan negara,” katanya dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu, Syeikh Muhammad Al-Hasan turut menyampaikan pandangan bahawa Malaysia kini memainkan peranan lebih luas dalam memupuk keamanan dan perpaduan di peringkat global.

Katanya, peranan tersebut selari dengan aspirasi negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan dan kesejahteraan.

Pertemuan itu juga dilihat sebagai usaha memperkukuh hubungan serta pertukaran pandangan berkaitan isu-isu antarabangsa, khususnya melibatkan dunia Islam.

Malaysia sebelum ini konsisten menyuarakan pendirian tegas terhadap isu kemanusiaan dan keamanan global sejajar dengan gagasan Malaysia MADANI yang dibawa kerajaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button