BERITA SEMASA

Majlis tahfiz negara bakal perkukuh ekosistem pendidikan, peluang kerjaya huffaz – Ahmad Zahid

KUANTAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji semangat luar biasa ribuan pelajar tahfiz yang membanjiri Majlis Perasmian Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026, malam tadi.

Kehadiran ramai generasi muda yang mempamerkan kecintaan mendalam terhadap al-Quran itu disifatkan sebagai satu pemandangan yang amat menyentuh hati serta memberi harapan besar buat masa depan ummah.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkongsi keyakinan bahawa pendidikan tahfiz merupakan antara kekuatan besar umat yang perlu terus diperkasa.

“Negara memerlukan generasi yang memiliki ilmu, akhlak dan amanah. Sebab itu saya mahu melihat lebih ramai huffaz melangkah jauh dalam pelbagai bidang kehidupan, sama ada sebagai doktor, jurutera, teknokrat, pendidik, usahawan, pegawai tadbir mahupun pemimpin negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan kini dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan tahfiz negara menerusi penubuhan Majlis Tahfiz Negara.

Inisiatif yang merupakan resolusi utama Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 itu disifatkan sebagai langkah strategik bagi memperkemas hala tuju serta memperluas peluang kerjaya buat generasi huffaz.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang, Yayasan Pahang serta semua institusi tahfiz yang terlibat dalam menjayakan himpunan tersebut.

Menurut beliau, negeri Pahang telah mempamerkan contoh terbaik dalam membangunkan ekosistem pendidikan tahfiz yang tersusun dan berterusan.

Beliau menaruh harapan agar bumi Pahang akan terus menjadi pusat kelahiran generasi huffaz yang bukan sahaja menghafaz al-Quran, malah memiliki sahsiah mulia serta mampu memberikan sumbangan bermakna kepada agama, bangsa dan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button