JENAYAH & MAHKAMAH

Mahkamah Tinggi batal hukuman penjara, denda terhadap juruteknik

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik selepas mengaku bersalah atas hantaran sensitif berkaitan kalimah Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas semakan difailkan mahkamah 22 Mac lalu mendapati, mahkamah sesyen tidak menerima pengakuan tertuduh atas sebab akaun tidak jelas dan tidak bersyarat.

“Selepas mendengar hujahan pihak pembelaan tertuduh dan pendakwaan, mahkamah membatalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap sabitan dan hukuman.

“Tertuduh diarahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan secara penuh,” katanya.

Terdahulu, tertuduh Chiok Wai Loong mengaku bersalah di mahkamah sesyen atas pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung komennya di Facebook.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button